Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik.
Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan,
ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa
andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang
tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada
azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah,
membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai
husnuz-zan kepada Allah.
Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat
istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang
berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur
ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah
malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan
permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu
harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni
astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min
fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa
a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma
inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa
‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii
tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii
fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi
fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma
ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Artinya:-
“Ya Allah, aku
memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon
ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang
besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha
Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua
yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***)
dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada
kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah
bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***)
akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam
kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah
ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan
aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

0 komentar:
Posting Komentar